Pengikut

Ahad, 2 Ogos 2009

RESEPI CUPCAKES





                                 

                                                    $4. (3 biji)
                                      


Add caption



                              Cupcakes cheese chocolate

                                                        

Cupcake Coklat Comel

oleh: alma alma@myresipi.com

rasa kek mini coklat yg budak2 susah nk resist! penyediaannya pun mudah, xsampai 10min.
Created on : 29-05-2007
Bahan-bahan ( 18 – 20 papercups medium size )
300g tepung
350g gula
½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
* 2 biji telur
Cara-cara
Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka. Topping saya tu: ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.


Magnolia bakery vanilla cupcake
junjs11@myresipi.com


resepi.net…mmg best, soft n yummy!
Created on : 31-05-2007
Bahan-bahan ( 20-25 cup sederhana )
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan (2 sticks) butter-suhu bilik
2 cawan gula
4 telur saiz A
1 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
campurkan kedua2 tepung, ketepikan.
pukul butter hingga berkrim, masukkan gula, pukul lagi.
masukkan telur satu persatu, pukul. masukkan tepung dalam 3 bahangian diselang selikan dengan susu n esen.
masukkan dalam cawan kertas n bakar selama 20-25min.
biar sejuk n hias ikut suka. (jun letak strawberry filling kat dlm, x payah letak aising lagi..hehe)
Ada resepi menarik, ada masakan yang mana anda berminat untuk di kongsi bersama. Jom kita sama-sama berkongsi resipi di web ini. Mudah saja, Daftar (percuma) dan kemudian isikan resipi-resipi anda tersebut, dan selepas itu nantikan komen-komen daripada mereka yang mencuba resipi anda itu. Pendaftaran adalah percuma tak perlu bayar apa-apa pun.


Snowy Cupcakes NisaMPB@myresipi.com


keknya begitu lembut. kalu tak mahu manis boleh kurangkan gulanya.
Created on : 05-06-2007
Bahan-bahan ( 30-34 biji cupcake sederhana )
(A) 125 gm butter tanpa garam, lembutkan
125 gm (1/2 cup) + 1 tbsp gula
125 gm tepung gandum, diayak
2 biji telur
1 tsp baking powder
1/2 tsp bicarbonate of soda
2 tsp esen vanila
(B) 2 tbsp milk
Untuk Frostingnya:
(Y) 175 gm gula aising, diayak
1 biji putih telur
(Z) 1/2 tbsp perahan dari jus lemon
Cara-cara
Panaskan oven pada suhu 200ºC.
Campur semua bahan (A) dalam food processor & kacau hingga sebati.
Masukkan
bahan (B) & kacau lagi.

Susun cawan muffin diatas loyang pembakar & isikan adunan tadi pada 1/2 penuh daripada cawan muffin tersebut.
Bakar selama 15-20 min atau cucuk pada lidi panjang hingga adunan tidak melekat pada lidi tersebut. Keluarkan dari oven dan tunggu hingga sejuk.
Cara Utuk Frostingnya:
Pukul (whisking method) Y dalam mangkuk selama 5 min atau hingga putih gebu.
Masukkan Z dan kembali pukul lagi hingga 3 min.


Colekkan pada cupcake yang telah sejuk tadi diatasnya dengan spatula. Hiaskan asing tadi dengan apa2 bentuk gula sebagai hiasan.
Teneeetttt…..kan dah jadi, sekali ketik, sepuluh yang datang tawww….





BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKESSumber: Lady Aries/ Allrecipes.com
Bahan-bahannya1/2 cawan shortening
1/2 cawan mentega, dilembutkan
1 sudu the esen vanilla
3 cawan gula
2 sudu besar susu segar


Cara-caranya1. Dalam mangkuk pembancuh, pukul mentega, shortening dan esen vanilla. Masukkan gula satu cawan dalam satu masa dan pukul sehingga rata sebelum masukkan gula yang seterusnya. Masukkan pula susu segar dan pukul sehingga buttercream menjadi ringan dan gebu. Icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sehingga tiba masa untuk menggunakan.




BUTTERCREAM ICING

Bahan-bahannya½ cawan shortening
½ cawan mentega, dilembutkan
1 sudu the esen vanilla
3 cawan gula
2 sudu besar susu segar

Cara-caranya1. Dalam mangkuk pembancuh, pukul mentega, shortening dan esen vanilla. Masukkan gula satu cawan dalam satu masa dan pukul sehingga rata sebelum masukkan gula yang seterusnya. Masukkan pula susu segar dan pukul sehingga buttercream menjadi ringan dan gebu. Icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sehingga tiba masa untuk menggunakan.
Nota: D menggunakan 3 cawan gula, rasanya masih manis mungkin boleh kurangkan kepada 2 – 2 ½ cawan ikut tahap kemanisan yang anda mahukan. Boleh juga letak perasa badam atau perasa oren untuk buttercream ini ikut citarasa masing-masing.
Untuk Royal Icing pula D gunakan resipi dari Wilton.com.


VANILLA CUPCAKES

Sumber: Cintabiru
Bahan-bahannya250 gram mentega tanpa garam, dilembutkan
180 gram gula kastor (resipi asal menggunakan 250 gram gula tapi pada rasa saya terlalu manis dan saya kurangkan)
4 biji telur
185 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung gandum
185 gram susu segar

Cara-caranya1. Kedua dua jenis tepung diayak, letak tepi.
2. Pukul butter dan gula sampai gebu.
3. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.
4. Campurkan tepung dan susu segar berselangseli dengan adunan tadi.
5. Siapkan kertas cupcakes, bubuh adunan di dalam dan bakar pada suhu 180 deg dalam 7-10 minit, bergantung kepada size kertas cupcake anda.

Frosting(Untuk 12 cupcakes size sederhana)
Bahan-bahannya3 biji putih telur
Icing sugar
secubit garam
1 sudu teh orange extract (untuk mengurangkan rasa manis pada frosting)
Pewarna mengikut citarasa

Cara-caranya1. Pukul putih telur sampai kaku (terbalikkan make sure confirm tak jatuh kat muka).
2. Masukkan gula sedikit sedikit, pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan sedikit garam, orange extract dan pewarna.

Nota: (Icing sugar ni saya letak cuma agak agak jer sebab tu tak letak sukatan.. maaf ye. Tapi selalunya 70% of the whole 500g packet)
Tips:
- Make sure biarkan frosting tu seketika dulu (dalam 5mins) sebelum kita pipe.. kalau tak nanti tak cantik frosting kita.
- Kalau tak ada nozzle untuk ketatkan tip ngan piping bag, dulu saya ketatkan dengan menggunakan scotch tape.

VANILLA CUPCAKES WITH FROSTINGResipi ini adalah dari Cintabiru (Forum Resipi Diana). Kali ini kita berkongsi cara membuat frosting cupcakes menggunakan putih telur jika anda tidak menggunakan meringue powder. Kepada Cintabiru terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.

CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICINGSumber: Lady Aries
Bahan untuk kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara-caranya
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins at 170 degrees celsius

Bahan untuk Royal icing
4 1/2 sudu teh meringue powder
2 cawan gula icing – diayak
3 sudu besar air panas

Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara. Sebaiknya tutup dengan tuala lembap.

CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICING

Resipi ini adalah sumbangan dari Lady Aries (Forum Resipi Diana), D panjangkan resipi ini kepada anda semua disini. Kita pernah berbincang mengenai penggunaan Meringue Powder iaitu serbuk yang dihasilkan dari putih telur.
Tetapi jika anda was-was dengan produk yang bakal anda gunakan, ada cara lain untuk menyediakan Royal Icing iaitu dengan menggunakan putih telur. Dilain masa D akan berkongsi resipi Royal Icing yang menggunakan putih telur. Terima kasih Cikgu Cool sudi berkongsi resipi dengan kita semua.


ROYAL ICING



Bahan-bahannya
3 sudu besar meringue powder
3 ½ cawan gula aising
6 sudu besar air suam*



Cara-caranya
Pukul kesemua bahan-bahan sehingga icing menjadi kental (selama 7 – 10 minit pada kelajuan perlahan, 10 – 12 minit pada kelajuan tinggi). Resipi ini menghasilkan 3 cawan.

Nota: Semua peralatan mestikah bersih dari minyak untuk mendapatkan icing yang sempurna.
* Untuk icing yang lebih kental boleh kurangkan 1 sudu besar air suam ataupun jika anda menggunakan mixer contoh seperti Kenwood/ KitchenAid.

Feedback D, royal icing ini masih terasa manis mungkin boleh kurangkan gula kepada 2 ½ – 3 cawan ikut tahap kemanisan yang anda mahu. Sewaktu memukul adunan royal aising D juga menggunakan 8 sudu besar air suam. Ini selepas D lihat consistency royal icing tersebut. Royal icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sekiranya tidak digunakan kerana ia mudah mengeras.

D juga menghadapi masalah untuk pipekan royal icing diatas cupcake. Ia tidak mudah keluar dari nozzle. Ada juga tips mengatakan untuk mendapatkan royal icing yang lembut adalah untuk meletakkan 3 titik glycerine. D tak beli glycerine tapi gunakan 3 sudu besar minyak masakan. Jadi beb royal icingku hehe, first time buat berdebar dada.

D juga menyediakan Chocolate Ganache Topping ikut resipi Misleha (Resipi.net) seperti berikut. D cuma buat setengah bahagian dari adunan asal. Ini resipi yang D dah bahagikan.


21 ulasan:

  1. salam prkenalan...trima kasih d...info yg sgt mmbantu...=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. terima kasih juga buat bajili... kalau ada resepi boleh lah kongsi dengan saya disini... :D

      Padam
  2. BUTTER CAKE
    250g Tepung naik sendiri
    250g Gula halus
    250g butter
    5 biji telur
    1 sudu esen vanila

    cara2 membuat.
    1.pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telur perlahan-lahan. masukkan esen vanilla dan bakar 15-20 min pada suhu 180'c. selamat mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kepada penyumbang resepi... nanti saya cuba

      Padam
    2. tq 4 resepi.nnti I cuba

      Padam
  3. skli buat brapa bnyak cupcake yg dpat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. syasya, mengikut besar acuan yang kita gunakan,

      Padam
  4. Balasan
    1. anie terima kasih kerana mencuba.. nanti saya cari lagi resepi yang mudah lagi hehehe mudah dimasak senang dimakan hehehe

      Padam
  5. Wahhh! Best2...

    Resepi ni boleh follow nanti... ada buat bisnes?
    http://www.mejuez.com/2012/03/bisnes-cupcake/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wanz Mejuez... ya saya masani buat bisness sikit lah..

      Padam
  6. tak jdi plak sye buat tpi sedap .. hahahha berliur saya hehehe

    BalasPadam
  7. nak resepi cupcake leh tengok web ni.

    http://www.buatcupcake.com/hop.php?ref=enak

    BalasPadam
  8. ika.. yang mana satu yang tak jadi? mungkin ada yang salah tak?

    BalasPadam
  9. Thanks sis...dah lama sy cr resipi mcm ni...X sia2 sy singgah kat blog sis..resipi cupcakes cheese choclate ada x sis? nak try la..nmpk sedap je...

    BalasPadam
  10. Sama2 Azean Abdul... nanti kalau ada masa, saya akan bagi resepi cupcakes cheese..

    BalasPadam
  11. Nk tanya, cup cake ni kalau kukus blh jd x? Oven kat kampung la, tp teringin nk buat...ke ada resipi lain untuk kukus?

    BalasPadam
  12. tak tau pula jadi ke tak... tak pernah cuba... boleh cuba 1 lah dulu, dulu saya pun pernah kukus kek yang sepatutnya dibakar... saya tambahkan sedikit ovellate saja 1 sudu teh.. alhamdulilah menjadi...

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas resepi yg dikongsi..byk resepi cupcake yg best2..jemput juga dtg ke page- https://faceebook.com/SayaSukaMakanCupcake.Awaklakmacammana

    BalasPadam
  14. saya suka cupcake sedap....n senang

    BalasPadam
  15. saya suka cupcake sedap...n mudah nak buat

    BalasPadam

Bahan Mudah didapati mudah dimasak mudah dimakan hehehe