Pengikut

Rabu, 5 Ogos 2009

Resepi Mudah Dan Ringkas




Ayam Kicap Lysa@Sifi

Bahan-bahan:-
1 Kg Ayam
1 Biji Bawang Besar [ Potong ikut suka]
1 Labu Bawang Putih [ditumbuk sedikit]
3 inci Halia [ditumbuk sedikit]
¼ Cawan Kicap Pekat Manis
1 Cawan Kicap Masin
1 Sudu Besar Cuka
Beberapa biji cili Besar ikut selera masing2
Serbuk Perasa

Caranya:-
Masukkan kesemua bahan diatas gaul bersama kemudian perap selama 1 hari didalam peti ais.
Masak kesemua ayam yang diperap sehingga masak dengan api yang sederhana.
Itu saja mudah kan? Untuk ibu yang bekerja dapatlah menyediakan masakan ini untuk keluarga.


Bahan-bahannya
1 tin tuna
1 cawan mayonnaise [boleh tambah lagi jika suka]
3 Biji Telor rebus [di hancurkan]
1 Biji Bawang Besar [hiris nipis2]
Garam secukup rasa

Caranya
Campur kesemuanya dalam mangkok. Dah siap…. Bolehlah simpan dalam peti ais…
Boleh lah makan dengan roti atau apa-apa yang disukai….
Boleh lah buat bekal anak sekolah ….


Kentang berkeju

Bahan-bahanya
Kentang [size sederhana direbus]
1 Tin Tuna
1 Biji Bawang besar
Keju secukupnya

Caranya
Lecek kentang jangan terlalu hancur bersama tuna dan bawang besar,
masukkan keju dan simpan atas roti paun kemudian bakar didalam oven sehingga keju cair dan kekuningan.


Ayam Bakar Kicap

Bahan-bahanya
Ayam
Kicap Manis
Kicap Masin

Caranya
Campur ayam dengan kedua kicap tadi perap selama 2 jam atau lebih
kemudian bakar dalam oven dalam kepanasan 250ÂșC Selama 1 jam…
Kemudian boleh lah dihidangkan dengan kicap manis yang dicampur dengan cili padi… sedap…..

Sayur Seafood

Bahan A
500 gm sawi (pad choi) agak-agak lah
10 ekor Udang kecil
50 gm bebola ikan
50 gm stik ketam

Bahan B
½ sudu serbuk perasa
¼ sudu garam atau secukup rasa
¼ sudu kecil stok Ayam
½ sudu sup sos Tiram
½ cawan air
Minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga mendidih kemudian masukkan bahan A masak seketika.
Kemudian masukkan tepung jagung sebanyak 1 sudu sup yang sudah di bancuh
dengan air kedalam masakan tadi apabila mendidih tutup api…
siap untuk dihidang kan….

Timun Berkacang Tumbuk

Bahan-bahanya
250 gm Kacang Tanah [goreng dan tumbuk]
500 gm Timun [dihiris nipis-nipis]
3 biji Cili Besar [jika suka pedas boleh tambah]
50 gm Udang Kering [tumbuk]
Halia sedikit [tumbuk]
2-3 biji Bawang Merah [tumbuk]
1 sudu sup Cuka
1½ Gula

Caranya
Gaul Kesemua Bahan tadi…..gaul rata, biarkan seketika sampai air timun keluar dan gaul lagi… dah Siap….

Sambal Belacan

Bahan-bahanya
100 gm cili Merah besar
20 gm Belacan
5 ulas bawang kecil
3 sudu kecil cuka
2 sudu kecil gula 3 sudu kecil kacang tanah ditumbuk

Caranya
Masukkan bahan-bahan tadi dan gaul sehingga sekata….
Sambal tadi bolehlah dimakan dengan ulam-ulam yang disukai…




2 ulasan:

Bahan Mudah didapati mudah dimasak mudah dimakan hehehe